Apa Itu PopiaCheese Sedap???
PopiaCheese Sedap ialah sejenis kerepek yang diperbuat daripada kulit popia dan serbuk keju. Sangat sesuai dimakan bersama ahli keluarga ataupun bersama-sama rakan. Popia cheese ini mempunyai rasa yang enak dari segi lemak keju yang masin, manis dan seimbang. Ia boleh dimakan oleh semua pada peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana ianya tidak terlalu pedas.
Komitmen kami terhadap produk berkualiti, perkhidmatan yang luar biasa dan penjagaan pelanggan yang tiada tandingan memastikan komuniti kami kembali lagi dan lagi. Kami tidak pernah berhenti menambah baik, dan terus mengembangkan tawaran kami berdasarkan cara kami boleh memberi perkhidmatan terbaik di kawasan Kedah.
VISI
Menjadikan PopiaCheese Sedap produk makanan yang berkualiti dan sedap serta mampu dimiliki oleh semua golongan.
MISI
1. Ingin meluaskan perniagaan supaya produk lebih dikenali ramai orang
2. Menghasilkan produk makanan yang berkualiti tinggi,halal, dan selamat dimakan oleh semua lapisan masyarakat
3. Memasarkan produk dengan menggunakan teknik pemasaran yang hebat bagi mengembangkan lagi di pasaran